Tuesday, May 17, 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 telah berlangsung bermula 11 Mei 2011 (Rabu) sehingga 26 Mei 2011 (Khamis). Diharapkan agar semua pelajar dapat membuat persediaan yang mencukupi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Panitia Matematik amat mengharapkan agar pelajar-pelajar mencapai keputusan yang terbaik bagi matapelajaran Matematik dalam peperiksaan kali ini. SEMOGA BERJAYA!!!

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMKTBB TAHUN 2010

Pada 10 Mei 2011(Selasa) yang lalu telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang 2010. Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.M. Tunku Imam Tunku Dato' Seri Mahmud Bin Tunku Besar Burhanuddin DKYR.,SPTJ.,PSD.,KMN.,PPT telah berlangsung dengan penuh meriah dan lancar. Pada tahun 2010, masih tiada lagi pelajar yang layak mendapat Anugerah Tunku Besar Burhanuddin. Namun begitu, Panitia Matematik dengan penuh bangganya berjaya mendapat Anugerah Panitia Cemerlang. Pelajar terbaik bagi mata pelajaran Matematik SPM pula dinobatkan kepada Nur Syuhada Husna binti Azman dan pelajar terbaik PMR dinobatkan kepada Nur Athirah Alwani binti Ali. Diharapkan agar kecemerlangan ini berterusan dan sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang pada tahun lepas.