Thursday, September 23, 2010

Bengkel Creative 2D & 3D Mathematics





Pada 21 September 2010 (Selasa) telah diadakan Program Sainstis Remaja (PROSAR) 2010 - Bengkel Creative 2D & 3D Mathematics anjuran Persatuan Sains dan Matematik Negeri Sembilan dengan kerjasama Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) bertempat di SMK Bukit Mewah, Seremban.
SMKTBB telah menghantar dua orang pelajar iaitu Muhamad Tajul Arief (4 Agama) dan Ahmad Azfar Zuhair (4 Sains). Kedua-dua pelajar telah dipisahkan untuk menghadiri 2 bengkel yang berlainan. Bengkel 1 adalah bengkel membuat origami yang berasaskan matematik. Pelajar diajar untuk membuat origami berbentuk rama-rama, tetrahedron, brenex cube dan lily flower. Pelajar turut diajar membuat pop-up cards menggunakan samada kaedah 'angle fold' dan 'parallel'.
Bengkel 2 pula, pelajar diajar berkaitan tesselation menggunakan perisian Geometer's Sketchpad. Peserta-peserta bengkel telah diajar oleh pensyarah dan guru-guru pelatih IPRM. Kesemua peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang bengkel ini dan IPRM telah menganjurkan satu pertandingan yang berkaitan bengkel ini untuk disertai oleh semua sekolah menengah negeri sembilan dab tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Oktober 2010.
Kepada semua pelajar SMKTBB, berilah kerjasama anda untuk menyertai program ini dengan dibantu oleh 2 pelajar yang telah menghadiri Bengkel Creative 2D & 3D peringkat Negeri Sembilan ini.