Wednesday, November 3, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010


PANITIA MATEMATIK SMKTBB MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 4. TERUSKAN USAHA DEMI KECEMERLANGAN BERSAMA. BERSAMA-SAMALAH KITA MENINGKATKAN BAGI PRESTASI AKADEMIK KHUSUSNYA MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN.
BE THE BEST AMONG THE BEST!!!

Thursday, September 23, 2010

Bengkel Creative 2D & 3D Mathematics





Pada 21 September 2010 (Selasa) telah diadakan Program Sainstis Remaja (PROSAR) 2010 - Bengkel Creative 2D & 3D Mathematics anjuran Persatuan Sains dan Matematik Negeri Sembilan dengan kerjasama Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) bertempat di SMK Bukit Mewah, Seremban.
SMKTBB telah menghantar dua orang pelajar iaitu Muhamad Tajul Arief (4 Agama) dan Ahmad Azfar Zuhair (4 Sains). Kedua-dua pelajar telah dipisahkan untuk menghadiri 2 bengkel yang berlainan. Bengkel 1 adalah bengkel membuat origami yang berasaskan matematik. Pelajar diajar untuk membuat origami berbentuk rama-rama, tetrahedron, brenex cube dan lily flower. Pelajar turut diajar membuat pop-up cards menggunakan samada kaedah 'angle fold' dan 'parallel'.
Bengkel 2 pula, pelajar diajar berkaitan tesselation menggunakan perisian Geometer's Sketchpad. Peserta-peserta bengkel telah diajar oleh pensyarah dan guru-guru pelatih IPRM. Kesemua peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang bengkel ini dan IPRM telah menganjurkan satu pertandingan yang berkaitan bengkel ini untuk disertai oleh semua sekolah menengah negeri sembilan dab tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Oktober 2010.
Kepada semua pelajar SMKTBB, berilah kerjasama anda untuk menyertai program ini dengan dibantu oleh 2 pelajar yang telah menghadiri Bengkel Creative 2D & 3D peringkat Negeri Sembilan ini.

Tuesday, June 1, 2010

Minggu Sains Dan Matematik


Minggu Sains dan Matematik pada tahun 2010 telah diadakan bermula 19 April hingga 30 April 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut. Di antaranya ialah Kuiz Sains dan Matematik, teka silang kata, pertandingan Sudoku, Treasure Hunt dan yang paling menarik adalah pertandingan pelancaran roket yang telah diadakan sebanyak 2 kategori iaitu 'targetting' dan 'parachute'. Pameran Sains dan matematik juga telah diadakan selama 3 hari bermula 19 hingga 21 April di Makmal Kimia, SMKTBB yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Sazali b. Hj. Sam, Pengetua SMKTBB.
Minggu Sains dan Matematik dengan tema 'Challenge and Fun With Mathematics and Science telah mendapat sambutan hangat daripada pelajar-pelajar SMKTBB. Objektif minggu Sains dan Matematik untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Matematik dan Sains telah tercapai dengan jayanya.